Rabu, 15 April 2009

PaNdUAn DIeT

LaNgkAH-LaNgkAh YaNg peRLu dIamBiL:

1.Tetapkan matlmat
untuk mengurangkan tidak lebih daripada 0.5 hingga 1 kg seminggu

2.Bersenam
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit-30 minit setiap kali..
  • berjoging,berenang,berbasikal atau berjalan dengan pantas
  • berekreasi
  • bermain golf tanpa menggunakan 'buggy'

3.Ikuti kehidupan yang lebih aktif

  • gunakan tangga daripada menggunakan lif atau eskalator
  • biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat daripada memandu
  • cuci kereta anda sendiri,berkemas dan bersihkan rumah,berkebun atau memotong rumput di rumah.

4.Awasilah apa yang anda makan

  • kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak dan kalori
  • elakkan daripada makan terlalu banyak
  • cuba mengurangkan berat badan dengan memaksa diri memuntahkan atau menggunakan laksatif atau diuretik adalah membahayakan

lEbIhKan MakAn nAsi dAN bIjIriN,leGuM,BuAH-BuAHan Dan sAYuR-sAyUrAN

1.Bijirin

Beras,oat,barli,jagung,sekoi,gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protien yang baik. Produk bijirin penuh mengandungi lebih zat besi,fosforus,vitamin B (tiamin,niasin &riboflavin) dan gentian.

2.Legum

Kacang pea,kekacang dan lentil adalah kaya dengan protien,karbohidrat,gentian dan beberapa vitamin (terutama vitamin B).Kacang soya yang sangat kaya dengan protien tumbuhan boleh didapati dalam bentuk susu kacang soya,tauhu,tempe dan tauge...

3.Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

  • Pilih buah-buahan yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau,lobak,tomato,keledek,mangga,betik atau tembikai.
  • Pilih yang kaya dengan vitamin C seperti oren,mangga dan belimbing.
  • untuk dapatkan asid folik,makanlah sayuran hijau,kacang pea,kacang bendi dan jagung manis.

untuk maklumat lanjut,layari laman web http://nutriweb.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan